Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Samsung Galaxy S8 Boleh Dipra-tempah Di Malaysia Bermula 11 April 2017

Samsung hari ini telah memperkenalkan dua telefon pintar baru, iaitu Galaxy S8 dan juga Galaxy S8+. Kedua-duanya sedia memukau hati ramai pengguna dengan rekaan yang lebih menawan dan elegan berbanding sebelumnya.

Samsung Galaxy S8

Berkongsi lanjut mengenai penawaran telefon pintar berkenaan, Lee Jui Siang (VP IT & Mobile Business, Samsung Malaysia) mengatakan kedua-dua telefon berkenaan akan dibawa ke pasaran tempatan.

Walaubagaimanapun, untuk fasa permulaan, hanya tiga warna akan ditawarkan di Malaysia, iaitu hitam, kelabu dan juga emas.

Samsung Galaxy S8

Samsung Malaysia akan membuka pra-tempahan untuk Galaxy S8 ini pada 11 April higga 13 April 2017 kelak. Seperti sebelum ini, Samsung Malaysia dijangka menawarkan diskaun untuk pra-tempahan, selain penyertaan beberapa perkara tambahan seperti aksesori dan sebagainya.

Samsung Malaysia dijangka akan berkongsi mengenai harga jualan dan tarikh penawaran peranti berkenaan menjelang tarikh pra-tempahan berkenaan.

Samsung Galaxy S8



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Samsung Galaxy S8 Boleh Dipra-tempah Di Malaysia Bermula 11 April 2017"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info