Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Aplikasi Google Calendar Kini Dioptimasikan Untuk Paparan iPad

Google Calendar merupakan salah satu aplikasi pengurusan temujanji yang digunakan secara meluas oleh ramai pengguna. Ia bukan sahaja ditawarkan di web dan Android, tetapi juga untuk pengguna iOS.

Google Calendar

Walaubagaimanapun, sehingga kini, aplikasi iOS untuk Google Calendar hanya dioptimasikan untuk iPhone sahaja. Hari ini Google mengubah perkara berkenaan dan telah mula menawarkan versi yang dioptimasikan untuk skrin iPad.

Kini, ia lebih selesa digunakan pada skrin bersaiz besar, dan paparannya kini lebih baik dan bukan hanya paparan bersaiz besar versi iPhone sahaja.

Bagi anda yang menggunakan Google Calendar di iPad, mungkin boleh mengemaskini aplikasi anda dan menikmati versi yang dioptimasikan untuk skrin tablet berkenaan.

Muat-Turun Google Calendar untuk iPad



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Aplikasi Google Calendar Kini Dioptimasikan Untuk Paparan iPad"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info