Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Ini Adalah Nokia 3310 (2017). Apa Kata Anda?

Bapa segala peranti. Peranti yang agi idup agi ngelaban. Ini ialah yang sering didengari mengenai peranti Nokia 3310. Versi terkini peranti ini akhirnya dilancarkan secara rasmi di MWC hari ini. Seperti ura-ura yang didengari sebelum ini, Nokia 3310 2017 bukanlah sebuah peranti pintar. Sebaliknya ianya sebuah telefon mudah alih biasa. Oleh sebab itu ia mempunyai tahap ketahanan bateri luar biasa sehingga 30 hari dan masa bercakap sehingga 22 jam.

Nokia 3310

Dari segi rekaan ia masih mengekalkan rekaan klasik Nokia 3310 dengan sentuhan moden. Perubahan dilakukan dari segi saiz skrin yang lebih besar dan kini berwarna. Susunan butang masih lagi sama seperti dahulu dan permainan klasik Snake turut disertakan. Empat pilihan warna diberikan iaitu merah, kuning, kelabu dan biru. Tidak seperti Nokia 3310 asal, 3310 2017 dilengkapi kamera sebesar 2 Megapixel dan menyokong rangkaian 2.5 G sahaja.

Nokia 3310

Nokia 3310

Tiada maklumat mengenai harga jualan dan bilakan ia akan dijual semula. Yang pasti legenda sudah kembali.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Ini Adalah Nokia 3310 (2017). Apa Kata Anda?"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info