Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Huawei P10 Dijangka Hadir Ke Malaysia Seawal Mac 2017

Huawei hari ini telah melancarkan telefon pintar yang dinantikan ramai, iaitu Huawei P10. Ia menyertakan kemaskini spesifikasi dan perisian, disamping menambah beberapa perkara baru berbanding generasi sebelum ini.

Huawei P10

Huawei P10 hadir dengan skrin bersaiz 5.1-inci pada paparan 1080p, dijana menggunakan cip Kirin 960, memori 6GB RAM, dan ruangan storan 64GB. Ia menggunakan bateri 3200mAh, dan dwi-kamera belakang berjenama Leica.

Huawei P10 Plus pula menggunakan skrin bersaiz 5.5-inci pada resolusi 2K, cip Kirin 960, memori 6GB RAM, ruangan storan 128GB, dan bateri berkapasiti 3750mAh. Ia turut menggunakan kamera belakang berjenama Leica, tetapi versi terkini dengan lensa Leica SUMMILUX-H Lens (F1.8).

Bercakap mengenai pelancarannya di Malaysia, pihak Huawei menyasarkan ia untuk memperkenalkannya sekitar bulan Mac 2016 ini.

Kita dijangka akan mendengar lebih lanjut mengenai tarikh pelancaran dan sebagainya dalam masa beberapa minggu lagi.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Huawei P10 Dijangka Hadir Ke Malaysia Seawal Mac 2017"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info