Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Penajaan Olimpik Oleh Alibaba Dikatakan Bernilai Sekitar RM3.56 Bilion

Alibaba dan badan disebalik sukan Olimpik semalam telah mengumumkan kerjasama yang memperlihatkan Alibaba menjadi salah satu penaja utama untuk acara global popular berkenaan. Bercakap mengenainya, kini beberapa sumber mengatakan nilai penajaan Alibaba untuk sukan Olimpik sehingga 2028 kelak bernilai sekitar $800 juta (~RM3.56 bilion).

Melaluinya, syarikat e-dagang terbesar dari China ini akan mendapat pendedahan pada peringkat antarabangsa, dan meletakkan jenama mereka bersama pelbagai penaja Olimpik lain seperti Coca Cola, Samsung Electronics dan lain-lain. Alibaba akan menawarkan perkhidmatan perkomputeran awan untuk sukan berkenaan, selain menyediakan laman jual-beli khusus untuk cenderamata. Alibaba juga akan membangunkan saluran video khusus untuk penonton di China.

Penajaan ini juga sekaligus meletakkan Alibaba sebagai salah satu syarikat yang dipercayai dimata ramai pengguna seluruh dunia.

Buat masa ini, pihak Alibaba atau badan disebalik sukan Olimpik ini tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan nilai penajaan ini. Ia dikatakan kebiasaannya, penajaan untuk sukan Olimpik akan hadir dalam bentuk sebahagian tunai, dan sebahagian lagi dalam bentuk perkhidmatan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Penajaan Olimpik Oleh Alibaba Dikatakan Bernilai Sekitar RM3.56 Bilion"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info