Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Gambar Kanak-Kanak Taska Kena Ikat Kerana Enggan Tidur!

Gambar tiga kanak-kanak diikat kaki, tangan dan mulut menggunakan kain, viral di media sosial mencetuskan pelbagai reaksi netizen.

Diikat

Menerusi perkongsian Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia Abdul Rani Kulup Abdullah dalam akaun Facebooknya, dia memuatnaik gambar beberapa orang kanak-kanak yang diseksa tanpa perikemanusian.

Gambar dengan kapsyen “Assalam admin hide kan profil saya, admin tolong viralkan kes penderaan kanak-kanak di salah sebuah taska di Seksyen 15, Bangi.

“Harap ibu bapa berhati-hati dan memilih tempat yang selamat untuk jagaan anak-anak anda,” tulisnya.

Difahamkan, taska tersebut didakwa sering melakukan penyeksaan terhadap anak-anak.

Abdul Rani menerusi ruangan komen enggan mendedahkan nama taska tersebut dan akan membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di sebuah taska di Seksyen 15 Bangi, Selangor dengan memaparkan gambar kanak-kanak yang bukan sahaja tangan dan kakinya diikat dengan kain putih tetapi juga mulut mereka ditutup.

Beberapa kanak-kanak itu kelihatan berbaring dalam keadaan yang tidak selesa dan mungkin juga dalam kesakitan.

Diikat

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Othman Nanyan mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

"Setakat ini, pihak kami belum dapat mengesahkan kesahihan gambar yang tersebar. Siasatan lanjut akan dijalankan mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak," katanya.

Berdasarkan sumber yang dipercayai, bekas pekerja taska tersebut yang bertanggungjawab memuat naik gambar berkenaan meminta orang ramai menyebarkan kejadian penderaan kanak-kanak yang didakwa berlaku di sebuah taska di Seksyen 15, Bangi.

Individu berkenaan juga meminta agar ibu bapa lebih berhati-hati memilih tempat selamat untuk menghantar anak mereka.

Ketiga-tiga mangsa dipercayai diperlakukan sedemikian kerana enggan tidur, lapor Harian Metro.

BACA INI JUGA: Video Bayi Kena Dera Dilambung Macam Patung



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Gambar Kanak-Kanak Taska Kena Ikat Kerana Enggan Tidur!"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info