Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Japan Display Hadir Dengan Skrin LCD Fleksibel Untuk Telefon Pintar

Dengan penawaran telefon pintar yang semakin sama antara pelbagai pengeluar, beberapa perkara baru turut dilihat, termasuk menggunakan skrin fleksibel. Namun, kos untuk skrin fleksibel adalah sedikit tinggi pada masa kini, membuatkan ia hanya digunakan pada telefon berspesifikasi tinggi sahaja.

JDI Fleksibel

Kini, sebagai alternatif untuk skrin flesibel OLED yang berharga tinggi, pihak Japan Display telah memperlihatkan penawaran mereka terbaru berasaskan skrin LCD.

Japan Display menggunakan plastik pada kedua-dua bahagian lapisan panel berkenaan – menggantikan penggunaan kaca sebelum ini. Ia sekaligus membolehkan mereka hadir dengan rekaan fleksibel, selain pada masa yang sama menjadikan ia lebih tahan apabila terjatuh.

Japan Display mengatakan mereka menyasarkan untuk mengeluarkannya secara besar-besaran bermula 2018 kelak. Selain untuk telefon pintar, mereka juga ingin menawarkan skrin berkenaan untuk pelbagai peranti lain.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Japan Display Hadir Dengan Skrin LCD Fleksibel Untuk Telefon Pintar"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info