Sembang Maniac

Sembang-sembang je

HTC Tidak Akan Hadir Dengan Jam Tangan Android Wear Buat Masa Ini

Jam tangan Android Wear daripada HTC telah tertiris beberapa kali sebelum ini. Namun, seperti ramai sedia maklum, ia merupakan prototaip lama, dan tidak seperti akan dipasarkan kepada umum. Perkara berkenaan kini disahkan sendiri oleh HTC melalui sebuah temuramah khusus.

Menurut wakil HTC, mereka tidak lagi membangunkan jam tangan berasaskan Android – dan ini bermakna mereka tidak mempunyai jam tangan Android Wear dalam masa terdekat ini.

Seperti ramai sedia maklum, arena jam tangan pintar sendiri sedikit kompetitif dengan penawaran pelbagai pengeluar – tetapi permintaan pengguna yang masih rendah.

Ia tidak diketahui sama ada pihak HTC akan menamatkan pembangunan jam tangan pintar secara keseluruhan, ataupun hanya berhenti untuk menggunakan sistem operasi Android Wear sahaja.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "HTC Tidak Akan Hadir Dengan Jam Tangan Android Wear Buat Masa Ini"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info