Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Hugo Barra Meninggalkan Xiaomi – Akan Kembali Ke Silicon Valley

Hugo Barra merupakan nama yang tidak asing dalam arena teknologi, terutamanya peranti mudah-alih. Beliau sebelum ini menjadi terkenal di Google melalui projek Android, dan selepas itu melangkah ke China dan menyertai syarikat Xiaomi. Di Xiaomi, Hugo Barra membantu syarikat berkenaan untuk memperluaskan penawaran produk ke pasaran antarabangsa.

Kini, selepas sekitar 3.5 tahun di Xiaomi, Hugo Barra melalui laman Facebook mengumumkan yang mana beliau akan meninggalkan Xiaomi, dan kembali ke Silicon Valley. Apakah perancangan dan perkara baru yang bakal dilakukan oleh Hugo Barra masih tidak diketahui lagi. Sebelum ini, Hugo Barra juga merupakan antara tonggak utama dalam membawa jenama Xiaomi memasuki pasaran Malaysia.

Menggantikan Hugo Barra di Xiaomi adalah Xiang Wang – yang akan teruskan usaha Xiaomi dalam memperluaskan penawaran ke negara-negara baru.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Hugo Barra Meninggalkan Xiaomi – Akan Kembali Ke Silicon Valley"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info