Google kini nampaknya telah mula menambah sebuah fungsi baru melalui kemaskini Play Services, iaitu fungsi yang dinamakan sebagai “Instant Tethering”. Melaluinya, Google ingin memudahkan pengguna peranti menggunakan akaun Google sama untuk berkongsi rangkaian internet sekiranya sesuatu peranti mengalami masalah sambungan.
Sebagai contoh, sekiranya anda menggunakan tablet dan telefon pintar yang berhubung ke WiFi rumah, tetapi WiFi berkenaan mengalami masalah sambungan internet – maka tablet tersebut secara automatik akan memaparkan notifikasi untuk berhubung terus ke telefon pintar anda.
Buat masa ini, Google menawarkan fungsi ini untuk pengguna tablet Nexus dan telefon pintar Pixel menjalankan Android 7.1.1. Ia dikatakan fungsi ini boleh turut digunakan pada versi Android Marshmallow, dan kemaskini dijangka diperkenalkan secara berperingkat kepada peranti lain.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Google Menambah Fungsi “Instant Tethering” Pada Android"