Flickr ialah platform memuat naik gambar yang dianggap lebih serius berbanding platform fotografi yang lain. Mereka sudahpun berkongsi statistik pengguna mereka sepanjang 2016. Menarik sekali lapan peranti iPhone tersenarai di dalam carta 10 “kamera” paling kerap digunakan oleh pengguna Flickr. iPhone 6 , 5S dan 6S terletak di senarai tiga peranti paling popular.
Canon 5D Mark III dan 5D Mark II ialah dua lagi kamera yang tersenarai di dalam carta ini. Pada waktu yang sama 48% gambar yang dimuat naik diambil menggunakan telefon pintar. Ini diikuti oleh DLSR (25%), Point and Shoot (21%) dan Mirrorless (3%). Jumlah gambar dari telefon pintar meningkat dari 39% tahun lalu manakala DSLR menyusut dari 31% tahun lalu. Dengan peningkatan kemampuan kamera telefon pintar, kepopularannya pasti akan terus meningkat tahun hadapan.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Lapan Peranti iPhone Di Dalam Senarai Sepuluh Kamera Paling Kerap Digunakan Pengguna Flickr"