Platform media sosial Twitter sedang menghadapi masalah kewangan dan pembuli atas talian yang agak teruk. Bagi mengurangkan kos operasi, mereka sedang cuba untuk menjual Vine yang dimiliki mereka. Pelbagai fungsi baru diperkenalkan seperti sistem penapisan kata kunci bagi menentang masalah pembuli atas talian. Hari ini mereka memperkenalkan fungsi kod QR peribadi kepada semua pengguna.
Sistem ini seakan sistem kod yang digunakan pada platform Snapchat. Dengan kod QR ini, pengguna boleh berkongsi dan mempromosikan akaun Twitter mereka kepada pengguna lain. Untuk mendapatkan kod QR peribadi anda sila ikuti langkah di bawah.
- Buka aplikasi Twitter rasmi
- Pergi ke skrin profil
- Anda akan melihat pilihan QR Code
- Pilih My QR Code
- Kod QR anda akan terpapar pada skrin.
- Kod QR boleh dimuat turun atau dikongsi terus menerusi pilihan perkongsian di bucu atas skrin
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Twitter Memperkenankan Kod QR Kepada Pengguna Seakan Snapchat"