Semalam kami melaporkan pihak OnePlus tidak mempunyai hasrat untuk menghentikan penjualan OnePlus 3 dalam masa terdekat. Kurang 24 jam selepas itu, OnePlus 3 kini sah dihentikan penjualannya di pasaran Eropah dan Amerika Syarikat. Hanya OnePlus 3T akan dijual pada dua pasaran besar peranti pintar ini mulai sekarang.
Penghentian jualan hanya selepas lima bulan ini pastinya mengecewakan mereka yang mahu membeli OnePlus 3 di sana. Buat masa ini jualan diteruskan ke pasaran lain dunia. Selama manakah ini akan berterusan tidak pula diketahui. OnePlus 3T kini menjadi peranti utama mereka dan dijual pada harga bermula $439 (~RM 1913). Kepada yang mahu membeli OnePlus 3 sila lakukannya sekarang sementara stok masih ada.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Penjualan OnePlus 3 Dihentikan Di Pasaran Eropah Dan Amerika Syarikat"