Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Samsung Galaxy C9 Pro Dilancarkan Dengan Pemproses Snapdragon 653

Cip pemproses Qualcomm Snapdragon 653 baru sahaja diumumkan dan ia kini sudah digunakan pada dua peranti baru. Pertama sekali ialah Oppo R9S dan semalam dengan pelancaran Samsung Galaxy C9 Pro. Peranti dengan kerangka logam sepenuhnya ini adalah peranti mesra selfie yang bersaing secara terus dengan R9S Plus. Seperti R9S ia turut mempunyai rekaan tiga garisan antena pada panel belakang.

samsung-galaxy-c9-pro-1Ia dilengkapi skrin 6″ AMOLED HD penuh, pemproses Snapdragon 653, RAM sebesar 6 Gigabyte dan storan 64  Gigabyte. Kamera utama dan selfie kedua-duanya sebesar 16-Megapixel f/1.9 . Bateri yang disertakan pula sebesar 4000 mAh. Galaxy C9 Pro masih menggunakan Android Marshmallow. Fungsi lain yang disertakan ialah pembesar suara stereo, sistem audio HiFi Cirrus dan NFC. Harga jualan di China ialah RMB 3199 (~RM 1980).

samsung-galaxy-c9-pro-2



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Samsung Galaxy C9 Pro Dilancarkan Dengan Pemproses Snapdragon 653"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info