Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Apple Menangguhkan Penjualan Speaker Pintar, HomePod Ke Awal 2018

Apple sebelum ini menjadualkan penjualan speaker pintar mereka, HomePod pada bulan Disember di beberapa buah negara. Kini, Apple mengumumkan yang mana perkara berkenaan tidak dapat dicapai, dan mereka terpaksa menangguhkan penawaran HomePod ke awal 2018 kelak.

Apple Homepod

Menurut Apple, proses pengeluaran “mengambil sedikit masa lebih” – membuatkan mereka terpaksa menangguhkan penjualan HomePod ini. Pada awalnya, Apple menyasarkan penawaran HomePod ini di Amerika Syarikat, UK dan Australia pada penghujung 2017 – tetapi kini dijadualkan kembali ke awal tahun 2018 kelak.

Melalui HomePod, ia menawarkan speaker dengan bunyi yang baik, selain turut dilengkapi dengan integrasi Siri untuk memudahkan pengguna berinteraksi.

Seperti biasa, ada baiknya pengeluar peranti mengambil lebih masa dalam menawarkan produk yang baik dan diminati ramai berbanding menawarkan produk dengan kualiti rendah disebabkan untuk mencapai tarikh jualan sasaran.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Apple Menangguhkan Penjualan Speaker Pintar, HomePod Ke Awal 2018"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info