Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Pelanggan Celcom First Blue Sedia Ada Akan Dinaik-Taraf Data Kepada 5GB + 5GB

Bersama-sama pengumuman kemaskini penaik-tarafan data untuk pelanggan First Gold, Celcom juga kini berkongsi dengan kami mengatakan semua pelanggan Celcom First Blue sedia ada akan dinaik-taraf penawaran data internet mereka kepada 5GB + 5GB.

Celcom First

Ini bermakna, pelanggan sedia ada dengan 2GB data bulanan akan dapat menggunakan 5GB data setiap bulan, selain data tambahan 5GB untuk digunakan pada penghujung minggu (berbanding hanya 2GB sebelum ini). Berbeza dengan pelanggan First Gold, tiada penawaran AnyTimeGB untuk pelanggan First Blue buat masa ini.

Celcom dijangka akan memaklumkan mengenai penaik-tarafan ini bermula esok kepada pelanggan First Blue. Semua pelanggan sedia ada First Blue dijangka akan menikmati penambahan data ini bermula 1 November 2016 ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Pelanggan Celcom First Blue Sedia Ada Akan Dinaik-Taraf Data Kepada 5GB + 5GB"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info