Celcom hari ini telah memperkenalkan kemaskini untuk pelan pascabayar Celcom First, selain turut hadir dengan pilihan baru yang dinamakan sebagai First Gold First. Melaluinya, kini Celcom menambah penawaran kuota data, selain turut hadir dengan penawaran baru dinamakan sebagai AnyTimeGB.
Melalui kemaskini pelan, kini Celcom First Gold menawarkan pelan pada harga RM80 untuk 20GB data, First Gold Plus yang baru hadir dengan penawarna data 40GB pada harga RM98, dan First Platinum pula hadir dengan penawaran 60GB data pada harga RM150 sebulan. Namun, apa yang mungkin tidak digemari ramai adalah kerana semua penawaran data ini dibahagikan kepada dua, dan separuh boleh digunakan sepanjang bulan, dan separuh lagi hanya terhad untuk hujung minggu sahaja.
Untuk mereka yang kurang gemarkan perkara ini, kini Celcom turut menyediakan sebuah penawaran khusus yang dinamakan sebagai AnyTimeGB. Pengguna akan perlu melanggan kepada AnyTimeGB pada harga RM10 sebulan, dan ia membolehkan pengguna menggunakan data pada penghujung minggu pada bila-bila masa. Pengguna perlu melanggan AnyTimeGB ini dengan mendail *118#, dan ia hanya ditawarkan untuk pelanggan First Gold dan ke atas.
Sebagai contoh, ini membolehkan pengguna membayar sebanyak RM160 (RM150 + RM10) sebulan dan menggunakan 60GB data untuk sebulan pada bila-bila masa.
Disamping penawaran data, semuanya hadir dengan panggilan percuma kepada semua talian tanpa had, WhatsApp tanpa had, dan akses Yonder Music tanpa had.
Untuk pelanggan sedia ada Celcom, semua penaik-tarafan data ini akan ditawarkan bermula bulan November ini.
*semua harga tanpa penyertaan GST.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Celcom Mengemaskini Pelan Pascabayar Dengan Data Bulanan Sehingga 60GB Pada Harga RM160 Sebulan"