Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Opera Memperkenalkan Kemaskini Antaramuka Untuk Pelayar Web Android

Opera boleh dikatakan antara pembangun pelayar web yang aktif memperkenalkan kemaskini baru untuk pelayar web desktop dan juga mudah-alih mereka. Selepas memperkenalkan integrasi VPN pada versi desktop, hari ini mereka mengumumkan kemaskini untuk pelayar web Opera untuk Android.

Pelayar web Opera untuk Android membawakan kemaskini antaramuka yang tampak lebih kemas berbanding dengan sebelumnya. Opera mengatakan ia mengambil inspirasi Material Design yang telah diperkenalkan oleh Google melalui Android.

Opera ANdroid

Fungsi popular seperti Speed Dials, dan kebolehan membaca berita daripada pelbagai sumber turut dikekalkan dan diberikan nafas baru. Pengguna turut boleh melayar web dan menggunakan fungsi seperti “Find in Page” pada pelayar web Opera untuk Android ini. Opera turut menawarkan fungsi penjimatan data melalui Opera untuk Android.

Opera turut mengatakan mereka akan hadir dengan beberapa fungsi lain dalam masa terdekat, termasuk sokongan mengubah kepada paparan tablet atau paparan biasa, selain kebolehan memilih folder untuk menyimpan muat-turun.

Opera ANdroid

Bagi anda yang menggunakan pelayar web Opera, boleh mengemaskini hari ini, atau memuat-turunnya daripada Google Play Store.

Muat-Turun Opera untuk Android



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Opera Memperkenalkan Kemaskini Antaramuka Untuk Pelayar Web Android"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info