Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Alienware Hadir Dengan Komputer Riba Yang Boleh Diaktifkan Dengan Hanya Memandangnya

Alienware merupakan nama yang tidak asing lagi dalam arena penawaran komputer riba memfokuskan permainan dan multimedia. Hari ini, mereka telah memperkenalkan kemaskini untuk siri komputer riba mereka, dengan menyertakan kad grafik NVIDIA GTX Siri-10 terkini.

Alienware IFA 2016

Tiga komputer riba dikemaskini, iaitu Alienware 13 dengan GTX 1060, Alienware 15 dengan GTX 1070, dan Alienware 17 dengan GTX 1080. Melaluinya, ia menawarkan kuasa grafik yang tinggi, selain turut menyokong permainan dan kandungan realiti-maya melaluinya.

Seperti pelbagai komputer riba lain, siri Alienware ini turut hadir dengan Windows 10, dan melalui kamera hadapan, pengguna boleh mengaktifkan sokongan Windows Hello untuk log masuk ke peranti.

Namun, salah satu perkara yang menarik adalah pada Alienware 17, dimana ia hadir dengan integrasi teknologi pemantauan mata Tobii. Melalui integrasi ini, ia boleh melakukan beberapa perkara menarik, termasuk hanya memandang pada logo Alienware pada komputer riba berkenaan untuk menguasakan dan memulakan komputer riba berkenaan.

Alienware IFA 2016

Disamping itu, teknologi Tobii ini juga turut digunakan dalam mengaktifkan atau mematikan lampu pada papan kekunci. Sebagai contoh, sekiranya anda tidak memandang skrin, maka lampu pada papan kekunci dipadamkan. Tobii juga akan mematikan skrin apabila anda tidak memandang skrin, sekaligus menjimatkan penggunaan bateri komputer riba anda.

Seperti pelbagai komputer riba permainan lain, ia turut hadir dengan spesifikasi lain yang sangat tinggi – termasuk cip pemprosesan sehingga Core i7, memori sehingga 32GB RAM dan ruangan storan sehingga 1TB. Alienware turut dijangka menawarkan model dengan pilihan paparan 4K, selain mana sokongan G-Sync pada model 15 dan 17.

Harga jualannya masih tidak diumumkan buat masa ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Alienware Hadir Dengan Komputer Riba Yang Boleh Diaktifkan Dengan Hanya Memandangnya"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info