Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Microsoft Menguji Fungsi Untuk Mengurangkan Cahaya Biru Pada Windows 10

Terdapat beberapa perisian yang membolehkan pengguna mengawal cahaya biru, dan salah satu yang popular adalah F.lux. Namun, tidak semua pengguna yang menggunakannya, dan sebagai salah satu alternatif, Microsoft dilihat menguji fungsi yang sama, tetapi hadir terbina pada sistem operasi Windows.

Microsoft dilihat menguji fungsi ini pada versi pembangunan mereka, dan sekiranya ia hadir pada versi akhir kelak, ia dijangka diposisikan pada bahagian pusat notifikasi – dimana pengguna boleh mengaktifkannya atau mematikannya dengan mudah.

Disamping itu, fungsi ini juga dijangka akan mengoptimasikan paparan skrin dan mengurangkan cahaya biru berdasarkan kepada persekitaran dan masa semasa dimana lokasi peranti berkenaan diletakkan.

Memandangkan ia diuji pada Windows 10, maka tidak mustahil untuk kita melihat ia diperluaskan ke komputer dan juga telefon pintar – sekiranya Microsoft memilih untuk memperkenalkannya.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Microsoft Menguji Fungsi Untuk Mengurangkan Cahaya Biru Pada Windows 10"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info