Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Uqasha Senrose Buka Tudung Selepas 'Gagal' Dapat Hidayah?

Susulan keputusan membuka hijab yang diumumkan, Uqasha Senrose menerima pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya mengecam tindakannya itu di laman sosial.


Pelakon teater ‘Ombak Rindu’ ini turut dikritik kerana keputusannya bertudung dahulu disebabkan putus cinta.

Ada netizen yang menganggap keputusan Uqasha bertudung hanya disebabkan ‘trend’ dan bukan kerana kewajiban sebagai seorang muslimah.

Ini ditambahkan lagi dengan dakwaan netizen mengenai ada di kalangan artis yang memakai tudung hanya untuk menjual tudung, ikut musim, putus cinta, bercinta dan sampai seru.

Netizen juga mempersoalkan kenyataan Uqasha yang mengakui kesilapannya dengan memakai tudung kerana dianggap hanya mahu tunjuk baik.

Pemilik akaun Facebook, Norai Jaffar berkata, “Dia mengaku khilaf … konon-konon statement tu dia tunjuk baik diri dia sebab mengaku … tapi soalnya sekarang dah tahu kau khilaf … kenapa tak pakai tudung? Sepatutnya dah tahu khilaf tu cuba perbaiki diri kearah yang lebih baik … ini tidak makin songsang pulak … hurmm tak faham aku apa maksud pengakuan khilaf dia tu? … dia ni dh macam plastic pulak … berpura-pura baik, nampak sopan santun, lembut tapi … berpura-pura! Nauzubillahiminzaliq … mintak jauhkan la dari kaum keluarga ku…”

Difahamkan, susulan pelbagai kritikan yang diterima, Uqasha bertindak menukar fungsi mod akaun Instagramnya kepada private.

Namun begitu, ramai juga yang masih berfikiran positif dan mendoakan pelakon kesayangan mereka itu mendapat hidayah dan terbuka hati untuk memakai hijab dengan ikhlas dan kekal selepas ini.

Ada juga yang menganggap keputusan Uqasha itu hanya kerana ingin bersikap tidak menipu diri sendiri selain tidak lagi perlu berpura-pura melakukan sesuatu secara tidak ikhlas.

Semalam, Uqasha mendedahkan dirinya tidak mahu lagi bertudung dan mengakui bahawa selama tiga tahun berhijab, imannya seakan tidak stabil.

Malah, keputusan bertudung dulu dibuat kerana kecewa putus cinta dan merasakan beliau seperti munafik kerana menonjolkan sikap yang tidak bertepatan dengan imej berkenaan.

Raysha Pertahan Tindakan Uqasha Buka Tudung


Adik Uqasha Senrose, Raysha Rizrose tampil mempertahankan kakaknya yang teruk dikecam netizen gara-gara tindakannya yang kembali membuka tudung selepas tiga tahun berhijab.

Menerusi laman Instagramnya, pemenang Dewi Remaja 2015/2016 itu berkata orang ramai sepatutnya cermin diri terlebih dahulu sebelum lantang mengata orang lain.

“Jaga hidup dan diri masing-masing, jangan nak sibuk pasal life orang, cari salah orang, bila diri sendiri pun belum tentu betul,” tulis Raysha.

Sementara itu dalam ruangan komen menerusi gambar yang dimuat naik Raysha itu turut kelihatan pelakon genit, Elfira Loy meninggalkan komentar berhubung isu tersebut.


Menulis dengan penuh hemah, Elfira menasihatkan orang ramai untuk tidak memberikan komen negatif kepada Uqasha sebaliknya mendoakan yang terbaik buat rakan artisnya itu.

Uqasha menerusi laporan sebuah akhbar sebelum ini, mendedahkan bahawa dia sudah tidak memakai tudung kerana enggan terus hipokrit dan ingin menjadi dirinya sendiri.

BACA INI JUGA:

Sumber: Mynewshub.cc



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Uqasha Senrose Buka Tudung Selepas 'Gagal' Dapat Hidayah?"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info