Samsung pada awal tahun ini telah hadir dengan beberapa televisyen baru menggunakan teknologi Quantum Dot. Melalui paparan ini, ia menawarkan paparan warna yang lebih terang, selain menggunakan zarah bersaiz kecil yang bergabung dengan warna LED biru untuk menghasilkan warna yang diinginkan. Perkara ini sekaligus menghasilkan bukan sahaja warna yang terang, tetapi lebih jitu berbanding panel-panel lain.
Kini, lanjutan daripada penggunaan panel berkenaan pada televisyen, Samsung turut telah memperkenalkan dua monitor baru yang menggunakan panel paparan jenis sama. Dinamakan sebagai Samsung CFG70 dan CF791, kedua-duanya turut hadir dengan rekaan skrin melengkung bagi menawarkan pengalaman permainan video yang menarik.
Kedua-dua monitor ini akan dipertontonkan ketika acara IFA 2016 yang akan berlangsung bermula minggu ini. Menurut Samsung, Samsung CFG70 hadir dengan sokongan kadar segar semula sehingga 144Hz dan turut menyertakan tetapan antaramuka khusus dinamakan Gaming UX OSD bagi memudahkan mengawal tetapan dengan efisyen tanpa menganggu permainan.
Sementara Samsung CF791 pula hadir dengan kadar segar semula 100Hz dan menyokong teknologi AMD FreeSync. Ia juga menawarkan paparan pada nisbah 21:9.
Harga jualan untuk kedua-dua monitor melengkung dengan panel Quantum Dot ini masih tidak diumumkan lagi buat masa ini.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Samsung Memperkenalkan Monitor Memfokuskan Permainan Dengan Paparan Quantum Dot"