Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Peranti iOS Akan Mengambil Gambar Dan Cap Jari Individu Yang Mencuri Peranti

Pernahkah peranti anda hilang kerana dicuri? Kami setakat ini masih terselamat dari antara mimpi paling buruk yang boleh dialami oleh pemilik peranti pintar. Terdapat beberapa aplikasi yang boleh dimuat turun bagi menangkap wajah pencuri dan mengetahui lokasi mereka. Apple mungkin akan menjadikan fungsi menangkap gambar dan cap jari pencuri secara terbina pada iOS di masa hadapan. Ini adalah kerana mereka baru sahaja diberikan paten untuk sistem anti kecurian ini.

TouchID-Apple-Cap-Jari-3

Paten difailkan pada April lalu dan dianugerahkan kepada mereka semalam. Selepas gambar dan cap jari direkodkan ia akan disimpan di dalam peranti. Ia kemudian akan dihantar ke storan awaman yang hanya boleh diakses oleh pemegang AppleID yang sah. Mereka kemudian boleh menggunakan maklumat ini untuk mengheret pencuri ke muka keadilan.

Ini sebenarnya inovasi yang amat menarik. Sungguhpun begitu i kami tidak menyimpan harapan ia akan digunakan dalam masa terdekat. Ini adalah kerana Apple kerap memfailkan paten tetapi tidak menggunakannya pada produk keluaran mereka.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Peranti iOS Akan Mengambil Gambar Dan Cap Jari Individu Yang Mencuri Peranti"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info