Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Kerentanan Kritikal Ditemui Pada iPhone – Kemaskini Peranti Anda Kepada iOS 9.3.5 Sekarang!

Perkembangan teknologi turut membawa kepada penemuan pelbagai kerentanan dan masalah sekuriti pada sistem operasi. Terkini, hari ini Apple telah mengeluarkan kemaskini iOS 9.5.3 untuk peranti iPhone dan iPad bagi mengatasi salah satu masalah sekuriti serius yang telah ditemui pada sistem operasi mereka.

Melalui apa yang ditemui oleh salah satu firma sekuriti, melalui kerentanan baru, ia membolehkan pengodam menghantar eksploit dan men-jailbreak peranti pengguna, seterusnya memantau dan mengakses pelbagai data peribadi daripada aplikasi seperti Facebook, WhatsApp, GMail, Skype dan sebagainya. Apa yang membahayakannya adalah dimana eksploit berkenaan boleh dihantar dalam bentuk pautan kepada peranti pengguna.

Untuk mengatasi masalah kerentanan sekuriti ini, Apple telah mengeluarkan kemaskini iOS 9.3.5 kepada para pengguna. Bagi anda yang menggunakan peranti iOS, anda digalakkan untuk mengemaskini peranti anda kepada sistem operasi terkini.

Anda boleh lakukannya dengan ke halaman Settings > General > Software Update hari ini, dan memulakan proses kemaskini sekarang.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Kerentanan Kritikal Ditemui Pada iPhone – Kemaskini Peranti Anda Kepada iOS 9.3.5 Sekarang!"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info