Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Mozilla Mengumumkan Context Graph – Ingin Memudahkan Pengguna Menemui Kandungan Web

Pada pelayar web, boleh dikatakan butang “Forward” agak jarang digunakan ramai, dan hanya ditekan sekiranya pengguna tertekan butang “Back” secara tidak sengaja. Kini, Mozilla ingin merevolusikan butang “Forward” pada pelayar web dan ingin menjadikannya lebih berguna melalui projek mereka yang dinamakan sebagai Context Graph.

Melalui Context Graph, Mozilla mengatakan mereka ingin memudahkan para pengguna menemui pelbagai kandungan dan perkara baru di web berdasarkan kepada kaedah pelayaran seseorang. Sebagai contoh, sekiranya anda sering melayari laman web dan kandungan berkaitan teknologi, maka anda akan ditawarkan dengan kandungan yang berkaitan dengannya apabila menekan butang “Forward” berkenaan.

Mozilla Context Graph

Buat masa ini, sebahagian daripada fungsi penuh Context Graph ini sedang diuji melalui Test Pilot – iaitu Activity Stream.

Untuk menjayakan fungsi ini, Mozilla akan mengumpulkan pelbagai data pelayaran pengguna. Walaubagaimanapun, seperti projek Mozilla lain, enjin Context Graph ini akan ditawarkan dalam bentuk sumber terbuka.

Context Graph ini masih pada peringkat awal pembangunan – dan mungkin kita akan melihatnya hadir pada Firefox dalam beberapa bulan lagi.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Mozilla Mengumumkan Context Graph – Ingin Memudahkan Pengguna Menemui Kandungan Web"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info