Facebook sejak daripada sebelum ini telah memperkenalkan kebolehan untuk memainkan video menggunakan lightbox – dimana paparan gambar dan video ditimbulkan pada laman yang sedang dilayari – serta memalapkan bahagian belakang halaman berkenaan untuk memudahkan pengguna memfokuskannya.
Terkini, Facebook dilihat sedang menguji bentuk paparan baru untuk video – dimana menggunakan konsep yang sama, tetapi dengan beberapa perubahan. Kini, mereka tidak lagi memaparkan informasi berkaitan video pada bahagian tepi, sebaliknya hanya memaparkan tajuk di atas, dan memainkan video dengan menggunakan paparan yang lebih luas.
Pada bahagian bawah pula, Facebook memaparkan video-video daripada halaman Facebook Page yang sama – membolehkan anda terus menonton video tanpa perlu ke halaman Facebook tersebut kembali.
Beberapa komputer kami telah mula memaparkan rekaan Facebook Video baru ini, sementara ada komputer kami masih menggunakan rekaan lama.
Ia tidak diketahui lagi sama ada pihak Facebook sekadar mengujinya sahaja, atau mereka telah mula memperkenalkannya secara meluas.
Bagi anda, apa kata anda berkenaan dengan rekaan baru Facebook Video ini?
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Facebook Menguji Rekaan Antaramuka Baru Untuk Paparan Video"