Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Uber Memulakan Ujian Kereta Yang Dipandu Secara Automatik

Uber merupakan salah satu perkhidmatan popular yang membolehkan pengguna membuat tempahan pemanduan ke sesuatu destinasi dengan mudah – sekaligus membuatkan mungkin anda tidak lagi perlu membeli kenderaan persendiriaan. Kini, bergerak ke hadapan, Uber turut secara rasminya mengumumkan mereka telah memulakan ujian kenderaan yang dipandu automatik.

Uber ATC

Sebelum ini, ia telah dikatakan beberapa kali yang mana Uber turut meminati arena sama – dan ia selari dengan perniagaan mereka untuk masa akan datang. Uber menguji kenderaan yang dipandu automatik yang dibangunkan oleh Uber Advanced Technologies Center. Kenderaan berkenaan adalah sebuah kereta Ford Fusion tetapi dilengkapi dengan pelbagai sensor dan radar untuk mengenal-pasti persekitaran.

Ujian dunia nyata untuk kenderaan dipandu automatik ini adalah sangat penting supaya ia dapat mempelajari pergerakkan manusia dan persekitaran yang sering berubah.

Mungkin dalam tempoh sedekad akan datang, kita akan dapat melihat kenderaan yang dipandu automatik ini digunakan secara lebih meluas oleh Uber – sekaligus menjadikan tempahan kenderaan ke sesuatu destinasi lebih efisyen lagi.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Uber Memulakan Ujian Kereta Yang Dipandu Secara Automatik"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info