Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Nintendo Ingin Mempelbagaikan Perniagaan – Termasuk Dalam Bidang Perubatan Dan Perisian Komputer

Nintendo merupakan salah satu syarikat yang popular dengan penawaran produk permainan mereka. Kini, dalam usaha menjana lebih banyak pendapatan, Nintendo dilihat ingin mempelbagaikan jenis perniagaan yang diceburi oleh mereka.

Nintendo

Terkini, melalui apa yang difailkan syarikat berkenaan, Nintendo dilihat menambah beberapa perkara baru dibawah tujuan syarikat, termasuk dalam bidang perisian komputer, peranti kesihatan dan juga restoran makanan.

Seperti biasa, ahli lembaga pengarah syarikat Nintendo perlu bertemu terlebih dahulu untuk mengesahkan perubahan ini. Mereka bakal bertemu pada 29 Jun kelak untuk mengesahkan perubahan ini.

Dan sekiranya ia disahkan, kita akan melihat Nintendo mempelbagaikan fokus syarikat mereka selain daripada bidang yang sedia disertai oleh mereka – selain daripada arena permainan pada peranti mudah-alih, filem dan juga taman tema.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Nintendo Ingin Mempelbagaikan Perniagaan – Termasuk Dalam Bidang Perubatan Dan Perisian Komputer"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info