Sembang Maniac

Sembang-sembang je

JPJ Menggunakan Bukti Di Media Sosial Untuk Mengenakan Saman Kesalahan Jalan Raya

Kerap kali di media sosial kita melihat sahabat handai, saudara mara dan pak penakan memuat naik gambar/video kesalahan jalan raya yang mereka temui ketika memandu. Antara yang pernah kami lihat ialah video aksi Superman yang berakhir dengan penunggang jatuh selepas motor bergesel dan kereta dipandu di lorong kecemasan. Bertahun lamanya kita melihat tetapi tidak ada apa yang boleh dilakukan untuk menghukum kesalahan yang dirakam. Kini tidak lagi kerana pihak Jabatan Pengangkutan Jalan akan menggunakan bukti yang ditemui di media sosial untuk mengenakan kompaun.

Lorong-kecemasan-22Terkini 91 pemandu dikenakan notis dan diarah melaporkan diri ke pejabat JPJ bagi membantu siasatan insiden ambulans dihalang laluan oleh kenderaan yang memandu di lorong kecemasan. Video kesalahan mereka dirakam oleh penumpang ambulans yang dihalang dan menjadi viral di Facebook . Kesemua penerima notis diberikan 14 hari untuk mematuhi arahan yang diberikan. Jika didapati bersalah mereka boleh dikenakan kompaun RM 300 tanpa sebarang diskaun.

Ini menjadikan kesemua rakyat Malaysia “wakil” JPJ untuk merakam kesalahan jalan raya yang mereka temui setiap hari. Kita semua boleh menjadi vigilante jalan raya seakan Batman. Tetapi ingat, jangan merakam video sekiranya anda yang memandu. Berikan tugas itu kepada penumpang kerana anda tidak mahu melakukan kesalahan jalan raya ketika merakam kesalahan orang lain.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "JPJ Menggunakan Bukti Di Media Sosial Untuk Mengenakan Saman Kesalahan Jalan Raya"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info