Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Apple Dihalang Dari Menjual iPhone Terpakai Di India

April lalu kami ada menulis mengenai rancangan Apple untuk menjual iPhone terpakai di India. Peranti terpakai ini akan dijual pada harga yang lebih mampu milik sekaligus membolehkan rakyat India yang marhaen memiliki peranti yang dianggap mewah di negara mereka. Apple menerima tentangan dari pengeluar lain yang merasakan ini tindakan tidak adil kerana mereka perlu mematuhi kuota 30% komponen buatan tempatan. Hari ini Apple disahkan tidak boleh meneruskan rancangan menjual peranti terpakai mereka ini.iPhone Refurbished 2Kerajaan India akhirnya menolak permintaan mereka kerana kegagalan memenuhi kuota 30% komponen harus dihasilkan di India. Pada waktu yang sama rancangan mereka membuka Apple Store rasmi di India juga berdepan dengan masalah yang sama kerana undang-undang India turut memerlukan 30% komponen dihasilkan di India sebelum kebenaran membuka kedai rasmi dibenarkan. Apple sudahpun mengesahkan pembinaan kilang Apple di India dengan kerjasama Foxconn awal bulan ini. Namun kilang ini hanya akan beroperasi dalam masa 18 bulan. Kehadiran Tim Cook ke India bulan ini dilihat sebagai tindakan melobi kerajaan India untuk memberikan kelonggaran kepada Apple untuk melakukan perniagaan mereka. Nampaknya ia masih gagal mengubah polisi Made In India yang dikuatkuasakan bagi melindungi industri India dari ancaman luar.

India ialah antara pasaran yang menarik buat Apple kerana menunjukkan peningkatan jualan 53% pada suku pertama 2016. Di pasaran lain Apple menunjukkan kemerosotan jualan. Kesemua peranti Apple di India dijual menerusi pihak ketiga dan dijual pada harga yang di luar kemampuan majoriti rakyat India kerana tiada potongan harga di bawah kempen Made In India. Kerajaan India serius dalam memastikan syarikat tempatan mendapat tempias dari jualan peranti berjenama di negara mereka. Ini boleh dipandang negatif dan positif bergantung kepada kompas ekonomi anda.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Apple Dihalang Dari Menjual iPhone Terpakai Di India"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info