Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Aplikasi Xpax Untuk Android Kini Boleh Dimuat-Turun

Celcom telah menjanjikan untuk melancarkan aplikasi Xpax untuk pengguna pada penghujung bulan Mei ini, dan kini seperti dikatakan Celcom dilihat telah menerbitkan aplikasi Xpax untuk Android.

Celcom Xpax

Melalui aplikasi ini, pengguna boleh menguruskan akaun Xpax mereka dengan mudah melalui peranti mudah-alih tanpa perlu melalui proses yang agak melecehkan seperti sebelumnya. Pengguna juga turut boleh melanggan internet, menambah-nilai dan menyemak baki melalui aplikasi sama.

Menggunakan aplikasi sama juga, pengguna boleh menambah-nilai atau memindahkan kredit kepada rakan lain melalui aplikasi sama.

Jika anda menggunakan perkhidmatan telekomunikasi Xpax, anda boleh memuat-turun aplikasi ini pada peranti Android anda hari ini. Aplikasi untuk iPhone dijangka akan menyusul kelak.

Muat-Turun Aplikasi Xpax di Google Play Store



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Aplikasi Xpax Untuk Android Kini Boleh Dimuat-Turun"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info