Sembang Maniac

Sembang-sembang je

PowerWalk – Eksorangka Mengubah Tenaga Kinetik Berjalan Kepada Kuasa Elektrik

Penggunaan peranti pintar semakin meluas dan ini sekaligus meningkatkan penggantungan kita kepadanya. Ramai yang terasa kosong apabila peranti yang dimiliki kehabisan bateri. Di waktu begini power bank dan palam elektrik akan mula dicari pada kadar segera. Tetapi bagaimana pula bagi mereka yang suka mendapatkan akses kepada sumber tenaga seperti anggota tentera di medan perang. PowerWalk ialah eksorangka yang dipasang pada kaki anggota tentera. Ia mengubah tenaga kinetik pemakai kepada tenaga elektrik yang kemudian disimpan ke dalam bateri.

PowerWalk-janauasa-kinetik-1PowerWalk kini akan diuji oleh Tentera Darat dan Marin Amerika Syarikat pada tahun 2017 bagi melihat ketahanannya di dunia sebenar. Penjana elektrik boleh pakai ini dihasilkan oleh Bionic Power, sebuah syarikat yang berpangkalan di Kanada. Menurut mereka jumlah elektrik yang dijana dari pemakai secara berjalan kaki selam sejam adalah cukup untuk mengecas empat buat telefon pintar.

Anggota tentera Amerika Syarikat sekarang terpaksa membawa pek bateri tambahan seberat 9 kilogram untuk melakukan misi selama 72 jam. Ini adalah amat berat dan sistem mengecas peralatan elektronik seperti PowerWalk akan mengurangkan beban yang perlu di bawa. Pada waktu yang sama misi dapat dijalankan lebih lama kerana peranti elektronik seperti GPS dan komunikasi mempunyai sumber elektrik yang mudah digunakan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "PowerWalk – Eksorangka Mengubah Tenaga Kinetik Berjalan Kepada Kuasa Elektrik"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info