Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Qualcomm Snapdragon Wear 1100 Dilancarkan Untuk Peranti Boleh Pakai

Kelemahan peranti boleh pakai generasi pertama ialah ketahanan bateri yang menyedihkan. Ini adalah kerana ia menggunakan pemproses yang pada asalnya direka untuk peranti pintar seperti Snapdragon 400. Qualcomm sudahpun melancarkan pemproses Snapdragon Wear 2100 Februari lalu khas untuk peranti boleh pakai yang menjimatkan penggunaan bateri. Di Computex tahun ini, sebuah lagi pemproses peranti boleh pakai dilancarkan oleh mereka

Snapdragon Wear 2100Snapdragon Wear 1100 ialah pemproses yang direka khas untuk penjejak kesihatan dan peranti berhubung (IoT) yang tidak memerlukan kuasa memproses grafik yang tinggi. Ia turut mempunyai saiz yang kecil sekitar 55 milimeter persegi. Sungguhpun begitu ia masih mempunyai sokongan GPS dan LTE Cat 1 bagi memberikan kemampuan selular.  Dengan ada pemproses khas kami berharap kualiti peranti boleh pakai, penjejak kesihatan dan peranti berhubung akan bertambah baik. Buat masa sekarang majoriti yang dijual di pasaran masih belum benar-benar memikat hati kami.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Qualcomm Snapdragon Wear 1100 Dilancarkan Untuk Peranti Boleh Pakai"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info