Sembang Maniac

Sembang-sembang je

(Ura-Ura) HTC 10 Mini Akan Dihasilkan – Skrin 4.7″ Dengan Snapdragon 823

HTC 10 akan dilancarkan 12 April hadapan dan HTC menjanjikan peranti dengan kamera bertaraf di dunia pada bahagian hadapan dan belakang. Antara ura-ura yang didengari ialah HTC 10 akan menjadi peranti pertama dengan sistem OIS pada kamera hadapan. Kami tidak tahu sama ada gimik ini akan menjadi tetapi yang pasti selepas kekecewaan dengan teknologi Ultrapixel mereka, peranti tidak mampu bersaing dengan peranti utama di lain di pasaran dalam kemampuan mengambil gambar.

HTC-10-Mini-ura-uraHanya tinggal lebih kurang 10 hari sahaja lagi peranti ini akan dilancarkan tetapi ura-ura HTC 10 Mini pula mula kedengaran. HTC 10 Mini dikatakan akan mempunyai skrin lebih kecil sebesar 4.7″. Ini kecil sedikit berbanding 5.2″ yang bakal digunakan pada HTC 10. Selain daripada itu pemproses dipertingkatkan ke Snapdragon 823 berbanding 820 pada HTC 10. Peranti edisi mini ini dijangka akan dilancarkan pada bulan September hadapan. Edisi mini ini dihasilkan bagi memenuhi permintaan pengguna yang lebih selesa dengan peranti bersaiz lebih kecil.

 



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "(Ura-Ura) HTC 10 Mini Akan Dihasilkan – Skrin 4.7″ Dengan Snapdragon 823"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info