Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Gionee W909 – Telefon Android Boleh Lipat Dilancarkan Di China

Telefon boleh lipat mencapai puncak kepopularan sekitar 2005. Jika anda mahu kelihatan bergaya, telefon mudah alih rekaan boleh lipat harus dimiliki. Telefon pintar boleh lipat paling diidamkan pengguna pada waktu tersebut ialah Motorola Razr yang bukan sahaja kelihatan futuristik tetapi mempunyai rekaan yang amat cantik.

gionee-w909-2

Sejak iPhone muncul di pasaran, peranti boleh lipat semakin mengalami kepupusan. Ia kini hanya dijual di pasaran Asia Timur. Di negara-negara seperti China, Jepun dan Korea masih ramai menggunakannya dan Gionee W909 ialah yang terkini memasuki pasaran China.

Peranti Android Lollipop ini dilengkapi dengan dua skrin sebesar 4.2″ 720P, diperkasakan pemproses MediaTek Helio P10, RAM sebesar 4 Gigabyte dan muatan dalaman 64 Gigabyte. Kemampuan optik pula ialah kamera utama 16 Megapixel dan kamera hadapan 5 Megapixel. Bateri sebesar 2530 mAh disertakan dengan pengecasan melalui USB-C. Harga jualan peeranti boleh lipat ini ialah RMB 3999 (RM 2400)  sebuah.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Gionee W909 – Telefon Android Boleh Lipat Dilancarkan Di China"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info