Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Oslo Solar – Bangunan Pejabat Tanpa Tempat Meletak Kereta Bagi Menggalakkan Pekerja Berbasikal

Setiap pagi kami akan bangun awal dan bergerak ke pejabat. Setiap pagi juga perjalanan sejauh 15  kilometer kami akan mengambil masa melebihi 1 jam kerana kesesakan lalulintas di Kuala Lumpur. Dan setiap pagi juga kami mengeluh mengapa kami perlu bersabar dengan masalah ini lima kali seminggu. Hakikatnya dengan harga minyak yang rendah dan sistem pengangkutan awam tidak boleh diandalkan, memandu sendiri ke pejabat masih lagi pilihan paling murah bagi kami. Tidak ada sebab mengapa kami perlu menggunakan mod pengangkutan lain buat masa ini.

Oslo-Solar-2Di Norway bangunan Oslo Solar bakal dibina dan ia mempunyai cara unik untuk menggalakkan pekerja untuk tidak membawa kenderaan bermotor peribadi. Bangunan ini tidak akan mempunyai tempat letak kereta tetapi sebaliknya mempunyai tempat letak basikal khas. Selain tempat simpanan 500 basikal, sebuah kedai basikal turut dibina yang membolehkan basikal dibaiki ketika pekerja di pejabat. Pereka juga menyediakan ruangan mandi yang cukup besar supaya pekerja boleh membersihkan diri sebelum memulakan tugas di pejabat.

Bangunan ini bukan sahaja mahu mengurangkan pencemaran dari pekerja di dalamnya malah menggunakan sumber kuasa lestari sepenuhnya. Ia dilengkapi panel solar seluas 8e00 meter persegi yang membekalkan lebih  banyak kuasa elektrik dari yang diperlukan setiap hari. Sumber air pula dikutip dari air hujan dan salji.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Oslo Solar – Bangunan Pejabat Tanpa Tempat Meletak Kereta Bagi Menggalakkan Pekerja Berbasikal"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info