Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Capcom Kembali Fokus Terhadap Permainan Pada Peranti Mudah-Alih

CapcomCapcom sedia mempunyai bahagian pembangunan permainan mudah-alih mereka, dan terkini mereka mengumumkan penstrukturan kembali bahagian tersebut dan lebih memfokuskan kepada pembangunan permainan untuk telefon pintar.

Seperti ramai sedia maklum, arena peranti mudah-alih berkembang dengan pesat, terutamanya di rantau Asia Tenggara. Sebelum ini Nintendo telah mengumumkan fokus terhadapnya, disamping Sony turut hadir dengan bahagian khusus untuk pembangunan permainan untuk telefon pintar.

Melalui fokus kembali terhadap arena peranti mudah-alih ini, Capcom akan menggunakan pelbagai jenama permainan dibawahnya untuk dibawa ke arena peranti mudah-alih. Sebagai permulaan, Capcom mengatakan mereka akan melancarkan empat permainan dalam masa terdekat, termasuk “Monster Hunter”, “Sengoku BASARA” dan juga “MegaMan”.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Capcom Kembali Fokus Terhadap Permainan Pada Peranti Mudah-Alih"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info