Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Pandang Pertama iPhone SE – Untuk Mereka Yang Masih Guna iPhone 5S Dan Sebelumnya

Apple iPhone SE

Apple sering berjaya menarik perhatian ramai melalui pengenalan produk baru mereka. Pada bulan Mac 2016 yang lepas, mereka telah mencuri perhatian ramai dengan memperkenalkan iPhone SE secara rasminya – iaitu kembali dengan penawaran telefon bersaiz 4-inci mereka.

Apple iPhone SE
Cip Apple A9 1.84Ghz
GPU PowerVR GT7600
Memori 2GB RAM
Storan 16GB/64GB
Kamera Utama 12MP iSight
Kamera Hadapan 1.2MP
Skrin 4.0-inci
Sistem iOS 9.3
Bateri 1642mAh

Apple sebelum ini telah menekankan mengatakan telefon mereka bersaiz 4-inci memberikan keselesaan pada tangan berbanding sejumlah peranti lain – termasuk iPhone 6S dan 6S Plus yang bersaiz lebih besar dan kadang-kala memerlukan dua tangan untuk operasi.

Apple iPhone SE mengekalkan rekaan yang sama seperti iPhone 5S sebelum ini. Ini mungkin mengecewakan beberapa pengguna, dan mungkin juga ada pengguna iPhone 5S sedia ada yang meminati rekaan yang sama tersebut. Walaupun mengekalkan rekaan yang sama seperti telefon pintar lama Apple, namun, dari segi komponen, ia menyertakan beberapa komponen yang sama seperti yang terdapat pada telefon pintar Apple tahun lepas – iPhone 6S.

Apple iPhone SEKami sempat bermain dengan iPhone SE ini untuk seketika, dan ia beroperasi dengan lancar sepanjang penggunaan kami, tanpa sebarang masalah. Ini mungkin kerana hasil penggunaan cip A9 seperti yang terdapat pada iPhone 6S sebelum ini, dan memori 2GB RAM padanya. Jikalau anda masih menggunakan iPhone 5S atau yang sebelumnya, ini mungkin peranti yang memfokuskan kepada anda memandangkan iPhone 5S sebelum ini hadir dengan cip A7 dan memori hanya 1GB RAM sahaja.

Dengan perkembangan arena teknologi, pelbagai aplikasi kini memerlukan kuasa pemprosesan yang lebih tinggi untuk memberikan pengalaman penggunaan yang baik – terutamanya aplikasi berbentuk permainan dan yang mempunyai grafik tinggi. Melalui iPhone SE ini, ia membolehkan pengguna kekal menikmati pelbagai penawaran terkini tetapi pada masa yang sama kekal dengan telefon bersaiz 4-inci.

Penggunaan saiz hanya 4-inci memberikan kelebihan untuk menggunakannya dengan hanya sebelah tangan sahaja, dan pada masa yang sama lebih memudahkan anda untuk menyimpannya dalam poket seluar atau baju.

Apple iPhone SEPercubaan kami untuk sementara dengan iPhone SE ini juga memperlihatkan iPhone SE rasa lebih sedap pada tangan jikalau dibandingkan dengan abang mereka yang bersaiz 4.7-inci mahupun 5.5-inci. Mungkin hal ini juga merupakan salah satu sebab mengapa Apple telah menggunakan rekaan yang sama untuk kali ketiga pada iPhone SE.

Bercakap mengenai telefon pintar, salah satu perkara yang menjadi fokus utama pada hari ini adalah penawaran kameranya. Pada iPhone SE, salah satu perkara menarik adalah ia menggunakan teknologi kamera 12-megapixel yang sama seperti iPhone 6s. Penawaran kamera belakang 12-megapixel ini membolehkan anda merakamkan gambar pada kualiti yang baik – dan pada masa yang sama turut menggunakan fungsi seperti Live Photo. Ia juga menyertakan sokongan rakaman 4K melaluinya – tetapi penawaran ruangan storan yang terhad dan bersaiz kecil pada iPhone SE mungkin membuatkan ramai tidak menggunakannya. Malah, fungsi rakaman video 4K sendiri kami tidak menggunakannya pada sebarang peranti lain buat masa ini, dan lebih kepada penggunaan video 1080p sahaja. Salah satu perkara yang saya sukai mengenai kamera belakang pada iPhone SE ini adalah dimana kameranya tidak lagi tertimbul seperti pada iPhone 6S, dan kini bahagian belakangnya adalah mendatar.

Apple iPhone SEPerkara yang mengecewakan adalah kamera hadapan iPhone SE yang kurang baik jikalau dibandingkan dengan iPhone lain. Dari segi teknikal, ia hanya menyertakan kamera 1.2-megapixel sahaja, dan rakaman menggunakan kamera hadapan adalah agak kurang baik. Tetapi, ia mungkin memadai jikalau anda hanya membuat panggilan FaceTime sekali-sekala dan tidak begitu memfokuskan kepada rakaman selfie.

Dari segi penawaran perisian, iPhone SE hadir terbina dengan iOS 9.3. Ia menawarkan pelbagai ciri-ciri baru kepada pengguna, termasuk salah satunya adalah sokongan Siri dalam bahasa Malaysia. Disamping itu, akses kepada pengimbas cap jari turut disediakan untuk sokongan sekuriti tambahan. Tiada penyertaan 3D Touch yang disertakan – malah fungsi tersebut sendiri boleh dikatakan agak jarang digunakan oleh pengguna iPhone sedia ada lain daripada pemerhatian kami. Integrasi NFC untuk Apple Pay turut terdapat pada iPhone SE, tetapi ia tidak boleh digunakan untuk pasaran tempatan buat masa ini. Dari segi penawaran bateri, beberapa ulasan awal mengatakan ia menawarkan penawaran masa penggunaan bateri yang lebih baik jikalau dibandingkan dengan iPhone 6S. Mungkin kerana skrinnya, ia menggunakan tenaga bateri yang lebih rendah.

Bagi kami, secara keseluruhan, pihak Apple dilihat ingin menyasarkan mereka yang masih menggunakan iPhone 5S dan yang sebelumnya untuk menaik-taraf kepada peranti iPhone SE ini, dan masih kekal menikmati pelbagai penawaran baru daripada Apple. Dengan harganya yang lebih murah berbanding iPhone lain di pasaran, mungkin ini juga secara tidak langsung akan menarik minat pengguna baru untuk terus mencuba platform iOS – berbanding hanya pilihan peranti Android sahaja pada harga dibawah RM2000.

Apple iPhone SE Apple iPhone SE
Kelebihan Kekurangan
  • Bersaiz kompak dan boleh dikendalikan dengan satu tangan.
  • Pelbagai ciri-ciri terkini Apple pada telefon bersaiz kecil.
  • Berharga lebih rendah berbanding iPhone yang lain.
  • Kamera hadapan yang sedikit lemah dan boleh lebih diperbaiki.
  • Sukar untuk dibezakan dengan iPhone 5S.

Terima kasih Epicenter Singapura untuk akses kepada iPhone SE, dan Pang Lowyat.NET untuk kamera.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Pandang Pertama iPhone SE – Untuk Mereka Yang Masih Guna iPhone 5S Dan Sebelumnya"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info