Selain penawaran talian telekomunikasi dalam negara, kini syarikat telekomunikasi juga bersaing dalam menyediakan tawaran terbaik kepada pengguna yang sering ke luar negara untuk tujuan bercuti ataupun kerja. Hari ini, selain daripada U Mobile yang menawarkan pelan perayauan terbaru, kini Celcom turut mengumumkan pelan terbaru mereka dibawah jenama Wonderoam.
Celcom menyediakan tiga pelan dibawah Wonderoam yang boleh digunakan oleh pelanggan prabayar dan juga pascabayar.
Yang pertama adalah Wonderoam untuk tempoh sehari berharga RM10. Pelan ini dikhususkan untuk para pelanggan Xpax, dimana pada harga RM10 sehari, mereka boleh kekal berhubung di lebih 10 buah negara. Celcom mengatakan Wonderoam RM10 sehari ini menawarkan akses sehingga 1GB pada Facebook, Twitter dan WhatsApp, selain akses internet pantas 50MB dan internet pada kelajuan asas (64kbps) sebanyak 50MB. Ia boleh dilanggan dengan mendail *118# > Wonderoam.
Disamping pelan asas RM10, pihak Celcom turut menyediakan Wonderoam sehari pada harga langganan RM38. Celcom mengatakan ia akan dicaj automatik kepada pelan pascabayar pelanggan apabila mereka menggunakan data sebanyak 50MB dan ke atas, dan akan aktif automatik apabila pengguna berhubung ke talian rakan Celcom di lebih 165 buah negara.
Disamping kedua-dua pelan berkenaan, Celcom turut menyediakan pelan khusus untuk pelanggan First Gold dan First Platinum. Dinamakan sebagai Wonderoam 1 Week RM138, ia menawarkan panggilan tanpa had, SMS tanpa had, dan data internet sebanyak 3GB untuk digunakan selama seminggu di luar negara.
Pelan perayauan baru ini semestinya mengembirakan ramai pelanggan Celcom, terutamanya yang kerap ke luar negara dan ingin kekal berhubung di sana. Celcom pada acara sama turut mengatakan mereka akan memperkenalkan pelan baru dinamakan First Platinum secara rasminya esok.
Sedang dikemaskini…
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
14 Komentar untuk "Celcom Memperkenalkan Pelan Perayauan Bermula RM10 Sehari, Termasuk Wonderoam Mingguan Berharga RM138"
wah.....banyaknya pilihan utk telco ini...ada yg dah subscribe? nak tahu feedback la...
aku nak tahu je pelan postpaid telecom ni nak dpt 1 la
celcom ada banyak pelan postpaid....yang banyak guna tu first gold...hargannya RM80 untuk 10GB...kalau tak cukup data boleh upgrade ke pelan platinum mereka...haha
wonderoam bgs utk apa? x nmpk kebaikan pun
bagus....kebaikkannya ialah dapat call keluarga atau kawan rapat pada harga yang rendah jika mereka atau kamu mengembara ke negara negara berhampiran...haha
cepatnya kau reply aku.tapi bkn lbh murah ke utk guna laman sosial?
saya baru online dan terus nampak....haha laman sosial mungkin lebih murah...tapi kalau dah guna mana mana pelan postpaid di atas...memanglah lebih murah...xD
Rasanya wonderoam adalah pelan roaming yang terbaik.
rm138 3gb seminggu dan unlimited calls. fuuuu~
haha betul juga...tapi kalau la kita boleh gunakan datanya sekurang kurangnya 60%...kalau tak pelan ni tak bergitu sesuai untuk kita...xD
line celcom bagus ke? di malaysia dan luar negara.kalau x kenapa nak dapat pelan ini?
di malaysia line talian celcom paling kuat...tapi mungkin beberapa tempat masih lemah...dan celcom telah bekerjasama dengan beberapa teco lain supaya pelan celcom boleh digunakan dalam beberapa negara lain....bukan seluruh dunia...haha
tapi talian saya xkuat pun/macam mana nak selesaikannya?
kalau say...saya akan call customer service atau terus pergi ke cawangan mereka dan laporkannya....harap harap hal tu boleh diselesaikan secepat semungkin...hahaha