Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Benua Asia Akan Mengalami Masalah Sumber Air Kritikal Menjelang 2050

Selamat pagi dan bagaimana keadaan anda di pejabat ataupun di kolej sekarang? Kami sedang menyejukkan diri di pejabat dengan pendingin hawa dinaikkan ke maksimum dam segelas air sejuk di atas meja. Inilah aktiviti harian kami sejak sebulan yang lalu kerana kepanasan yang melampau melanda negara. Kepanasan melampau menjadi semakin teruk dengan serangan jerebu yang kembali walaupun dijanjikan tidak akan berlaku lagi. Di beberapa negara seperti Negeri Sembilan dan Sabah bekalan air bersih yang boleh meredakan kepanasan terputus kerana penangan El Nino.

Berita buruk bagi kita semua kerana ini semua akan menjadi semakin kronik menjelang 2050. Perisian penyelaku iklim dunia yang dihasilkan oleh Massachusetts Institute of Technology  (MIT) meramalkan majoriti penduduk benua Asia akan mengalami masalah bekalan air bersih yang kronik pada waktu tersebut. Ramalan dilakukan berdasarkan kadar peningkatan penduduk, tumbesaran ekonomi dan kemusnahan alam sekitar yang berlaku sekarang.

MIT Air Asia Masalah 2Kini terdapat 850 Juta penduduk Asia yang tidak mempunyai akses kepada sumber air bersih dengan mudah. Pada tahun 2050, penyelaku MIT ini meramalkan ia kan meningkat sebanyak 1 Billion lagi penduduk. Kawasan yang paling akan terjejas ialah India dan Selatan China. Kombinasi bilangan penduduk tidak terkawal, pencemaran dan kerosakan alam sekitar akan menyebabkan situasi semakin teruk di dua negara ini.

Pernah suatu ketika dahulu masalah perubahan iklim diambil enteng oleh kita. Kartun Captain Planet hanya sekadar hiburan dan ditonton oleh insan yang kini sudah berusia 30an. Kita gagal mengambil inisiatif untuk mengambil endah amaran yang diberikan oleh bumi. Hanya sejak 10 tahun kebelakangan ini penggunaan kenderaan elektrik dan sumber tenaga lestari mula digunakan. Adakah kita sudah terlambat?



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Benua Asia Akan Mengalami Masalah Sumber Air Kritikal Menjelang 2050"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info