Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Pengguna Johor Bahru Kini Boleh Menggunakan Perkhidmatan GrabCar

GrabCar merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat sama yang menawarkan MyTeksi (atau Grab), membolehkan para pengguna untuk membuat tempahan kereta dengan pemandu ke sesuatu lokasi yang ingin dituju.

Berbeza dengan Grab (atau MyTeksi) yang menggunakan teksi untuk tujuan sama, melalui GrabCar, ia menggunakan kereta persendirian.

GrabCar Johor

GrabCar telah diperkenalkan di Lembah Klang sebelum ini pada 2014 yang lepas, dan boleh dikatakan GrabCar mengambil masa yang sangat lama untuk memperluaskan penawarannya jikalau dibandingkan dengan Uber.

GrabCar juga turut menawarkan sokongan untuk pembayaran menggunakan kad kredit, debit ataupun menggunakan wang tunai.

Bersempena dengan pelancaran di Johor Bahru juga, pihak Grab kini menawarkan promosi penghantaran pada harga hanya RM1 untuk 5km pertama di Lembah Klang dan Johor Bahru untuk tempoh 7 hingga 13 April ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Pengguna Johor Bahru Kini Boleh Menggunakan Perkhidmatan GrabCar"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info