Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Windows 10 Anniversary Update Akan Hadir Pada Penghujung Julai – Percuma Untuk Pengguna Win10

Microsoft hari ini telah berkongsi beberapa perkara baru yang akan hadir pada sistem operasi Windows 10 mereka, dan ia akan diperkenalkan kepada semua pengguna melalui sebuah kemaskini yang dijadualkan pada penghujung Julai 2016 kelak, dan dikenali sebagai Windows 10 Anniversary Update.

Melalui kemaskini berkenaan, Microsoft akan menyertakan sokongan kebolehan log masuk ke aplikasi menggunakan sokongan Windows Hello, disamping turut membawakan sokongan stylus yang lebih baik, dan menjadikan pengalaman penggunaan Windows pada pelbagai peranti lebih konsisten dan menarik lagi.

Disamping itu, Microsoft juga turut menambah baik sokongan Cortana, dan membolehkan pengguna mudah menemui aplikasi yang telah sedia mengintegrasikannya. Namun pengenalan ia secara rasmi kepada pengguna tempatan masih menjadi tanda tanya buat masa ini.

Microsoft juga turut akan meyertakan sokongan Bash pada Windows 10, sekaligus membolehkan para pembangun untuk menggunakan command dari Linux dalam Windows 10.

Windows 10 Bash

Kemaskini ini akan ditawarkan kepada semua pengguna Windows 10 sedia ada, dan seperti biasa, ia akan ditawarkan secara percuma.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Windows 10 Anniversary Update Akan Hadir Pada Penghujung Julai – Percuma Untuk Pengguna Win10"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info