Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Microsoft Memperluaskan Penggunaan Windows Hello Untuk Aplikasi Dan Web

Microsoft pada Windows 10 telah menyertakan sokongan sekuriti yang dinamakan sebagai Windows Hello. Melaluinya, ia membolehkan pengguna menggunakan fungsi pengimbas cap jari atau sokongan biometrik untuk log masuk dan mengakses peranti Windows 10 mereka.

Kini, pada BUILD 2016, pihak Microsoft turut mengumumkan pengenalan kebolehan untuk mengintegrasikan sokongan sama pada aplikasi dan web.

Melaluinya, pembangun boleh mengintegrasikan sokongan log masuk atau mengakses aplikasi menggunakan Windows Hello – sekaligus menjadikan data pengguna dalam aplikasi berkenaan lebih selamat lagi. Untuk web pula, ia terhad kepada akses melalui Microsoft Edge sahaja buat masa ini.

Fungsi baru ini akan hadir terbina untuk digunakan oleh semua pengguna melalui kemaskini Windows 10 akan datang pada penghujung Julai kelak. Dan seperti biasa, ia bergantung kepada pembangun untuk mengintegrasikannya pada aplikasi mereka.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Microsoft Memperluaskan Penggunaan Windows Hello Untuk Aplikasi Dan Web"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info