Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Pra-tempahan Type Cover Surface Pro 4 Dengan Pengimbas Cap Jari Akan Dibuka Di Malaysia

Microsft Surface Pro 4 dilancarkan November lalu dan ia menurut pendapat kami adalah komputer tablet Windows yang terbaik di pasaran. Pelbagai aksesori dibawa masuk oleh Microsoft Malaysia kecuali Type Cover dengan pengimbas cap jari Fingerprint ID. Kepada yang masih menantikan kehadirannya, anda tidak perlu menunggu lama. Microsoft mengumumkan papan kekunci kompak ini akan mula dijual di 26 pasaran baru dan Malaysia termasuk di dalam senarai ini.

Surface-Pro-4-Type-Cover-FingerprintMenurut mereka pra-tempahan akan dibuka di kesemua pasaran baru ini melalui MicrosoftStore.com. Setakat ini laman pra-tempahan untuk pasaran Malaysia masih belum dibuka. Kami akan cuba mendapatkan maklum balas dari pihak Microsoft Malaysia bagi mendapatkan tarikh muktamad bilakah pra-tempahan ini akan dibuka.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Pra-tempahan Type Cover Surface Pro 4 Dengan Pengimbas Cap Jari Akan Dibuka Di Malaysia"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info