Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Syarikat Penerbangan Singapura Wajib Menjejak Lokasi Pesawat Setiap 15 Minit Bermula Julai Ini

Tinggal empat hari sahaja lagi dan ulang tahun kedua kehilangan MH370 akan tiba. Setakat ini hanya satu serpihan pesawat ini disahkan ditemui di Kepulauan Reunion. Sebuah lagi serpihan baru ditemui beberapa hari lalu tetapi masih menanti pengesahan dari pihak berkuasa. Selepas insiden kehilangan penuh misteri ini, ramai meminta syarikat penerbangan melakukan sistem pengesan yang menjejak kedudukan pesawat setiap masa. Masalah yang dihadapi sekarang ia kos untuk menggunakan sistem ini masih terlalu mahal.

MH3709MMROJabatan Penerbangan Awam Singapura (CAAS) hari ini mengeluarkan arahan kesemua syarikat penerbangan Siangpura wajib menjejak lokasi pesawat mereka sekurang-kurangnya setiap 15 minit bermula Jun ini. Arahan adalah hanya untuk pesawat dengan berat minimum 27000 kilogram dan membawa sekurang-kurangnya 19 orang penumpang. Bagi pesawat kargo pula berat minimum pesawat ialah 45500 kilogram.

Dengan pengenalan sistem pengesan ini, CAAS berharap kejadian MH370 tidak akan berulang lagi di masa hadapan. Syarikat yang perlu mematuhi arahan ini ialah Singapore Airlines, Silk Air, Tiger Airways, SCOOT dan Jetstar. Buat masa ini CAAS membenarkan pengesanan lokasi secara manual dan juga automatik. Tetapi hanya pengesanan secara automatik akan dibenarkan selepas 8 November 2018.

Ini adalah selari dengan persetujuan negara ahli ICAO untuk menggunakan sistem pengesanan automatik Automatic Dependent Surveillance-Broadcast (ADS-B) November tahun lalu. Sistem ADS-B akan memancarkan lokasi kepada satelit setiap 15 minit bagi membolehkan pesawat dikesan sepanjang masa oleh pemilik pesawat.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Syarikat Penerbangan Singapura Wajib Menjejak Lokasi Pesawat Setiap 15 Minit Bermula Julai Ini"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info