Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Rekaan Oppo R9 dan R9 Plus Tertiris

Oppo R9 dijangka hadir 19 Mac in di China. Tetapi seperti biasa sebelum dilancarkan ia akan memasuki pangkalan data TENAA dan inilah sumber utama ketirisan rekaan peranti akan ditemui. Semalam rekaan Oppo R9 dan R9 Plus yang tidak diketahui kewujudannya muncul di laman ini. Kedua-dua peranti tidak berkongsi spesifikasi yang serupa. Oppo R9 dilengkapi skrin 5.5″ FHD, diperkasakan pemproses 8 teras (mungkin Helio X10), RAM sebesar 4 Gigabyte, kamera utama sebesar 16 Megapixel dan bateri sebesar 2850 mAh.

Oppo-R9-scheme-1

Oppo R9 Plus pula mempunyai skrin 6″ AMOLED FHD, diperkasakan pemproses lapan teras (mungkin Snapdragon 652), RAM sebesar 4 Gigabyte, kamera utama 16 Megapixel dan bateri sebesar 4120 mAh. Keseluruhan peranti diperbuat daripada logam dan mempunyai pengimbas jari pada bahagian dagu.

Tidak diketahui sama ada sistem pengecasan SuperVOOC dan sistem penstabilan imej SmartSensor disertakan ataupun tidak. Kita hanya perlu menanti selama dua minggu sahaja lagi untuk mengetahui spesifikasi penuh dan harga jualan dua peranti ini.

Oppo-R9-scheme-2



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Rekaan Oppo R9 dan R9 Plus Tertiris"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info