Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Skylights Theater – Sistem Hiburan Realiti Maya Di Dalam Pesawat

Peranti realiti maya ialah teknologi yang dijangka meletus pada tahun 2016. Pelbagai peranti maya untuk kegunaan permainan video dan juga kegunaan riadah mula membanjiri pasaran. Pasaran peranti realiti maya dijangka mencecah $70 Billion menjelang 2020. Buat masa ini peranti realiti maya masih belum digunakan secara meluas. Skylights Theater, sebuah syarikat dari Perancis cuba menjadikannya lebih popular dengan memperkenalkannya sebagai pengganti sistem hiburan di dalam pesawat.

Skylight-Theater-VR

Peranti realiti maya Skylights Theater mempunyai skrin dengan resolusi 720P. Ia mampu digunakan selama 8 jam sebelum perlu dicas dan mempunyai storan mencukupi untuk 40 filem pada resolusi HD. Penumpang boleh memilih untuk menonton filem secara 2D ataupun 3D. Sistem Skylights Theater kini sedang diuji di dalam pesawat penerbangan murah XL Airways yang tidak mempunyai sistem hiburan pada setiap tempat duduk penumpang. Peranti ini disewakan kepada penumpang yang mahu menonton rancangan hiburan sepanjang perjalanan. Sekiranya ini masa depan hiburan di dalam pesawat adakah anda ingin mencubanya?



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Skylights Theater – Sistem Hiburan Realiti Maya Di Dalam Pesawat"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info