Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Google Dilaporkan Ingin Membawa Sokongan Chromecast Ke TV Biasa Secara Terbina

Google telah memperkenalkan Chromecast – sebuah dongle bersaiz kecil yang dihubungkan ke teleivisyen tidak lama sebelum ini, dan sejak daripada itu, ia telah menjadi popular dikalangan para peminat teknologi. Sejak pengenalan, Chromecast telah berevolusi, dan kini turut terdapat Chromecast Audio.

Namun, untuk pengguna umum yang tidak mengikuti arena teknologi, mungkin mereka masih tidak mengetahui akan sokongan Chromecast. Untuk tujuan berkenaan, kini Google dilaporkan bekerjasama dengan pihak Vizio dalam menyertakan sokongan Chromecast secara terbina pada televisyen bukan pintar.

Televisyen berkenaan kelak dilaporkan akan beroperasi seperti biasa, dan tidak menyertakan sebarang sokongan aplikasi TV pintar. Semua kawalan perlu dilakukan melalui sokongan Chromecast – dan untuk tujuan berkenaan, Vizio dikatakan akan turut menyertakan sebuah tablet berasaskan Android bersama-sama pembelian televisyen berkenaan. Tablet yang sama juga dijangka beroperasi sebagai ganti kepada alat kawalan jauh.

Untuk makluman, Google turut mempunyai penawaran Android TV yang turut menyediakan sokongan Chromecast secara terbina. Berkemungkinan pihak Google ingin mencuba sesuatu yang baru dengan menyertakan sokongan Chromecast sahaja pada televisyen tanpa sebarang aplikasi padanya – menjadikan Chromecast mungkin hadir sebagai sebuah fungsi terbina seumpama HDMI dan sebagainya.

Kedua-dua pihak tidak mengeluarkan sebarang komen buat masa ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Google Dilaporkan Ingin Membawa Sokongan Chromecast Ke TV Biasa Secara Terbina"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info