Sembang Maniac

Sembang-sembang je

HTC Dan Motorola Mengatakan Mereka Tidak Memperlahankan Telefon Lama Seperti Apple

Sejak beberapa minggu ini, kita sedia mendengar mengenai Apple yang memperlahankan iPhone generasi lama – malah Apple sendiri telah mengeluarkan kenyataan rasmi, serta memohon maaf kerana tidak berterus terang dengan pengguna.

Lanjutan daripadanya, pihak TheVerge telah memohon komen daripada sejumlah pengeluar peranti, dan membalasnya, pihak HTC dan Motorola mengeluarkan komen rasmi mengatakan mereka tidak memperlahankan telefon lama seperti apa yang dilakukan oleh Apple.

HTC mengatakan ia bukan suatu perkara yang dilakukan oleh mereka, sementara Motorola mengatakan mereka tidak memperlahankan CPU berasaskan kepada bateri yang lama.

Seperti ramai sedia maklum, dengan penggunaan demi penggunaan, prestasi bateri lama akan berkurangan berbanding kebiasaan. Apple sebelum ini dikatakan mengurangkan prestasi iPhone generasi lama kerana mungkin terdapat pemprosesan yang memerlukan tenaga tinggi yang mungkin tidak dapat ditampung oleh bateri lama – sekaligus membuatkan iPhone tertutup secara automatik. Untuk mengatasinya, Apple mengurangkan prestasi iPhone lama melalui kemaskini perisian iOS – namun tidak berterus ternag dengan pengguna berkaitan dengannya.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "HTC Dan Motorola Mengatakan Mereka Tidak Memperlahankan Telefon Lama Seperti Apple"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info