Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Bolt – Khemah Kalis Panahan Petir

Antara risiko hobi aktiviti luaran ialah dipanah petir. Setiap tahun akan berlaku kes kematian akibat dipanah petir di dalam khemah ketika berlindung daripada hujan. Menyedari hakikat ini Bolt, khemah kalis panahan petir dibangunkan oleh Kama Jania seorang pelajar dari Finland. Tiga rekaan khemah dihasilkan beliau dengan kerangka aluminium pada bahagian luar yang mengalirkan panahan petir secara selamat ke muka bumi.

Bolt-khemah-1

Bolt dibina menggunakan bahan kalis air dan mylar bagi memastikan individu yang berkhemah di dalamnya selamat dari renjatan maut. Di dalam ujian makmal, Bolt mampu bertahan dipanah petir dengan arus maksimum 200 kiloampere. Tiga saiz Bolt dihasilkan iaitu Bolt Half, khemah berteduh mini untuk seorang, Bolt One khemah untuk tidur seorang dan Bolt Air khemah untuk dua orang yang dipasang menggunakan hembusan udara. Banyak perkara perlu dirisaukan ketika berkhemah seperti kehabisan bekalan makanan, sesat dan sukar menghidupkan api. Dengan Boltd dipanah petir di dalam khemah tidak perlu lagi dirisaukan.

Bolt-khemah-2

 



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Bolt – Khemah Kalis Panahan Petir"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info